Sunday 13 November 2016

Lori dari MABKT.com

haii hari nie admin nak cerita sikit jenis lori yang ada di Malaysia. Ada lori ringan ada lori berat laa.. Lori nie ada macam2 jenis.. 🚐🚐🚐

LORI RINGAN

1) Lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3,500 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan GDL Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Contoh : 

  • Van
  • Lori pikap
  • Lori tunda

LORI SEDERHANA

2) Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,500 kg sehingga 7,500 kg (6 sehingga 12 roda dengan 2 ke 4 gandar). Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti lori sampah dan kereta bomba) terdiri daripada lori sederhana ..

LORI BERAT

3) Lori berat adalah kenderaan terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 7 gandar termasuk semi treler ialah 51,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori trelerlori tangki dan lori kontena. Terdapat juga lori khusus untuk mengangkut muatan yang terlalu berat (melebihi 100,000 kg) yang dipanggil multiaxles ..

LUAR JALAN RAYA
Sesetengah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya boleh dipasang dengan ciri-ciri off-road bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori sedemikian yang juga digelar lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan..

#sumberinternet

😁😁🚐🚐🚐 πŸŒ·πŸŒΏπŸŒΈπŸŒΏπŸŒΌ

Haa nie lori dari syarikat MABKT.com... Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa lori untuk kegunaan kerja-kerja mengangkut barang menggunakan Lori Tipper...







Gambar dari MABKT.com 




No comments:

Post a Comment